Wednesday, 14 November 2012

KAUNSELING DALAM ISLAM

Seperti yang diketahui umum, proses kaunseling melibatkan hubungan bersemuka antara kaunselor dan klien untuk membincangkan sesuatu masalah. Kaunseling sangat popular di negara Barat dan ia dianggap antara profesion yang dipandang tinggi di sana. Cara dan kaedah yang digunakan dalam proses kaunseling juga diambil dari teori-teori yang diasaskan oleh tokoh-tokoh kaunseling seperti Sigmund Freud, Carl Rogers, Albert Ellis dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat juga pendekatan kaunseling secara islam yang boleh diamalkan? pendekatan mengikut kaedah islamik ini dikenali sebagai MODEL KAUNSELING ALGHAZALI.

Terdapat beberapa proses yang digunakan dalam pendekatan kaunseling islam ini iaitu:

       MUSYARATAH (menetapkan syarat)

        - menyenaraikan perkara penting untuk menjadi Muslim yang baik

 MURAQABAH (pengawasan)
        - proses membaiki diri supaya melaksanakan amalan syariat
        - Allah mengetahui & mengawasi gerak geri &detik hati kita (An-Nisa: 1)

   MUHASABAH (semakan/ audit)
        - menyemak perlaksanaan syariat
        - cth. Adakah solat dilakukan, di awal waktu, sempurna.
        - Bg. mengelak daripada menjadi kebiasaan, rasa kesal, perlu taubat.
        - Proses Muhasabah penting bagi mendorong klien bertaubat
          daripada kesalahan

   MU’AQABAH (dendaan)
          - dendaan utk melemahkan nafsu
          - cth: bila makan haram perlu bertaubat & denda diri dgn berpuasa
          - utk mendidik nafsu supaya sentiasa berwaspada dan bersabar
          - Khalifah Umar al-Khattab – menghukum dirinya kerana tertinggal solat Asar 
             berjemaah dengan menyedekahkan tanahnya bernilai 200000 dirham.

     MUJAHADAH (bersungguh-sungguh)
             - perlu baiki diri dgn bersungguh-sungguh
             - Cth: memilih kawan yang sentiasa mengingatkan, pasangan 
               yang soleh, persekitaran yang kondusif
               
MU’ATABAH (celaan)
              - supaya konsisten, perlu cela perbuatan buruknya dan tidak ada
                  keinginan mengulanginya
               - agar timbul kesedaran dan tekad utk memperbaiki diri

 Terdapat beberapa prasyarat yang perlu apabila mempraktikkan Model Kaunseling Al-Ghazali:

          Memahami  peranan hati dalam kehidupan manusia
          Mengetahui sifat – sifat mahmudah dan mazmumah serta melatih diri mengamalkan sifat mahmudah
          Mengetahui konsep taubat
          Bersifat sabar dan konsisten
          Tahap pengetahuan klien terhadap Islam











No comments:

Post a Comment