Thursday, 15 November 2012

STRESS? MAKAN NI


Anda stress atau tertekan? nak tahu tak apa makanan yang boleh menghilangkan stress? SILAP..bukan menghilangkan tapi mengurangkan..kalau yang menghilangkan mestilah bila makan dah tak ada stress kan? Ok la,ni antara makanan yang boleh dimakan untuk mengurangkan stress (menurut pandangan pakar laa)





1.Yoghurt
 Tidak hanya membantu melancarkan pencernaan, yoghurt juga meningkatkan kandungan serotonin dalam otak yang boleh menurunkan tingkat stress dan juga membuat anda merasa tenang. Cubalah dengan yoghurt berbagai rasa agar tidak bosan.

2. Coklat
Siapa yang tidak suka dengan coklat? Hampir semua orang menyukainya. Seperti yoghurt, coklat juga boleh meningkatkan serotonin dalam otak sehingga menimbulkan perasaan bahagia sesudah memakannya.  Kandungan phenylethylamine yang adalah suatu bahan seperti amphetanine yang dapat meningkatkan serapan triptofan ke dalam otak yang kemudian pada gilirannya menghasilkan dopamine. Dopamine dapat mengeluarkan perasaan senang dan membaiki suasana hati.  Phenylethylamine juga dianggap mempunyai khasiat aphrodisiac yang memunculkan perasaan seperti orang sedang jatuh cinta.

3. Almond
Almond mengandung vitamin B2, vitamin E, magnesium, dan Vitamin B dan magnesium terlibat dalam produksi serotonin, yang membantu mengatur suasana hati dan mengurangi stress. Zinc perkelahian beberapa efek negatif dari stress, sedangkan vitamin E adalah antioksidan yang menghancurkan radikal bebas yang berkaitan dengan penyakit stress dan jantung.

4. Teh Herbal
Teh hitam atau teh herbal tidak hanya membantu menurunkan jumlah kalori tapi pada masa yang sama juga membantu perbaiki suasana hati anda. Seperti teh camomile, teh hijau, teh dengan rasa buah juga menenangkan fikiran anda.


5. Brokoli
Brokoli adalah salah satu sayuran super yang sangat baik untuk tubuh. Mengandungi kadar antioksidan yang cukup tinggi dan juga asid folat dan vitamin B. Asid folat membantu menghilangkan stress, mengurangi rasa cemas, hingga depresi. Kandungan serat  juga membantu sistem pencernaan tubuh anda.

6. Buah Anggur
Buah anggur kaya akan vitamin C. Vitamin C dapat menstimulasi produksi adrenalin, yang dapat membantu melepas tekanan di tubuh anda.

7. Buah Labu
Alasannya adalah kerana buah labu kaya akan vitamin B6 dan zat besi. Kandungan tersebut dapat merubah gula darah menjadi dextrose yang dapat merangsang perasaan senang, gembira pada otak anda.

8. Pisang
Pisang adalah buah yang sangat mudah didapati. Mungkin anda memanfaatkan pisang kerana buah ini mengenyangkan dan dapat menghindarkan anda dari makan lebih banyak. Tapi pisang juga dapat memberikan  nutrisi yang menghasilkan energi. Zat alkaloid, vitami B6, dan zat tryptophan yang terkandung dalam pisang membantu tubuh untuk memproduksi serum darah lebih banyak.

9. Buah Ceri
Di beberapa negara Barat, buah ceri sudah dikenal sebagai aspirin alam. Ceri mempunyai kandungan spesial yang disebut anthocyanin yang dapat menyeimbangkan suasana hati da menghasilkan perasaan bahagia. Beberapa pakar menyarankan, jika seseorang sedang berada dalam bad mood, disarankan untuk mengambil buah ceri.

10. Susu Rendah Lemak
Low-fat milk (susu rendah lemak) mengandung kalsium sangat tinggi. Susu ini sangat tepat untuk menenangkan mereka yang panik.

11. Ikan Laut Dalam
Para ahli dari Universitas Harvard mengemukakan bahawa makan ikan laut dalam dapat membuat anda merasa segar kembali. Ikan laut dalam kaya akan Omega-3 yang dapat meningkatkan zat anti depresi yang terkandung dalam serum darah, sehingga anda merasa lebih rileks.

12. Bayam
Bayam mengandung asid folic tinggi yang dapat mengurangi perasaan tertekan dalam tubuh anda.

13. Roti Gandum
Selain baik untuk diet, roti gandum yang mengandungi karbohidrat kompleks dapat meningkatkan serum darah dalam tubuh anda dan meningkatkan zat anti depresi yang terkandung dalam serum darah sehingga anda merasa lebih rileks.

14. Bawang Putih
pengambilan  bawang putih untuk mengatasi stress mungkin tidak akan menjadi pilihan utama anda. Tapi para saintis dari Jerman telah membuktikan bahawa setelah mengambil bawang putih, mereka yang gugup atau stres menjadi lebih rileks dan tenang.

15. Daging Ayam
Menurut psikologis Inggeris, selenium yang banyak terkandung dalam daging ayam adalah zat yang dapat membantu mengatur mood seseorang.

Jadi, inilah antara makanan yang boleh mengurangkan stress. Jika dilihat, semua makanan ni mudah untuk didapati kat Malaysia ni..kalau pergi pasaraya  confirm semua ada. So, kalau anda stress cubalah mengambil makanan2 seperti di atas ye..tapi, ingat !! jangan ambil secara berlebihan. Nanti timbul masalah lain susah plak kan..


Wednesday, 14 November 2012

KAUNSELING DALAM ISLAM

Seperti yang diketahui umum, proses kaunseling melibatkan hubungan bersemuka antara kaunselor dan klien untuk membincangkan sesuatu masalah. Kaunseling sangat popular di negara Barat dan ia dianggap antara profesion yang dipandang tinggi di sana. Cara dan kaedah yang digunakan dalam proses kaunseling juga diambil dari teori-teori yang diasaskan oleh tokoh-tokoh kaunseling seperti Sigmund Freud, Carl Rogers, Albert Ellis dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat juga pendekatan kaunseling secara islam yang boleh diamalkan? pendekatan mengikut kaedah islamik ini dikenali sebagai MODEL KAUNSELING ALGHAZALI.

Terdapat beberapa proses yang digunakan dalam pendekatan kaunseling islam ini iaitu:

       MUSYARATAH (menetapkan syarat)

        - menyenaraikan perkara penting untuk menjadi Muslim yang baik

 MURAQABAH (pengawasan)
        - proses membaiki diri supaya melaksanakan amalan syariat
        - Allah mengetahui & mengawasi gerak geri &detik hati kita (An-Nisa: 1)

   MUHASABAH (semakan/ audit)
        - menyemak perlaksanaan syariat
        - cth. Adakah solat dilakukan, di awal waktu, sempurna.
        - Bg. mengelak daripada menjadi kebiasaan, rasa kesal, perlu taubat.
        - Proses Muhasabah penting bagi mendorong klien bertaubat
          daripada kesalahan

   MU’AQABAH (dendaan)
          - dendaan utk melemahkan nafsu
          - cth: bila makan haram perlu bertaubat & denda diri dgn berpuasa
          - utk mendidik nafsu supaya sentiasa berwaspada dan bersabar
          - Khalifah Umar al-Khattab – menghukum dirinya kerana tertinggal solat Asar 
             berjemaah dengan menyedekahkan tanahnya bernilai 200000 dirham.

     MUJAHADAH (bersungguh-sungguh)
             - perlu baiki diri dgn bersungguh-sungguh
             - Cth: memilih kawan yang sentiasa mengingatkan, pasangan 
               yang soleh, persekitaran yang kondusif
               
MU’ATABAH (celaan)
              - supaya konsisten, perlu cela perbuatan buruknya dan tidak ada
                  keinginan mengulanginya
               - agar timbul kesedaran dan tekad utk memperbaiki diri

 Terdapat beberapa prasyarat yang perlu apabila mempraktikkan Model Kaunseling Al-Ghazali:

          Memahami  peranan hati dalam kehidupan manusia
          Mengetahui sifat – sifat mahmudah dan mazmumah serta melatih diri mengamalkan sifat mahmudah
          Mengetahui konsep taubat
          Bersifat sabar dan konsisten
          Tahap pengetahuan klien terhadap Islam











Friday, 9 November 2012

KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH


DEFINISI 
- Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya dilarang.
- Bahan-bahan ini menyebabkan pergantungan secara fizikal dan psikologikal serta tolerans yang meningkat. - Penggunaan dadah mengakibatkan kesan buruk kepada kesihatan, diri, keluarga dan masyarakat (takrif ini tidak meliputi alkohol, tembakau dan bahan inhalan). 
- Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh utama negara sejak tahun 1983 lagi. Namun begitu, gejala dadah masih belum dapat dibendung sepenuhnya.
- Oleh sebab itu, kerajaan telah melaksanakan satu dasar iaitu Dasar Dadah Negara untuk membendung gajala dadah ini.

OBJEKTIF DASAR DADAH NEGARA:
Menghapuskan permintaan kepada dadah dan menghapuskan bekalan dadah sehingga mewujudkan:
- keluarga bebas dadah
- institusi pendidikan bebas dadah
- tempat kerja bebas dadah
- kawasan bebas dadah

STRATEGI DASAR DADAH NEGARA
- penguatkuasaan undang-undang
- pendidikan pencegahan dan publisiti
- rawatan dan pemulihan
- kerjasama antarabangsa

AKTA DAN UNDANG- UNDANG DADAH
- Akta Dadah berbahaya 1952
- Akta Penagih dadah (Rawatan & Pemulihan 1983- pindaan 1998)
- Akta Dadah berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas- 1985)
-  Akta Dadah Berbahaya Perlucuthakan Harta -1988)
- Akta Racun 1952






Monday, 5 November 2012

HALANGAN DALAM KAUNSELING DAN CARA MENGATASINYA


Halangan yang besar dalam kaunseling adalah komunikasi tidak berkesan antara kaunselor dan klien. Antara halangan komunikasi yang wujud adalah seperti berikut:

 *Bersifat memerintah atau mengarah

*Mendengar secara memilih

*Kerap mencelah atau menyampuk

* memberi amaran

*mudah mengkritik

*Fikiran yang menerawang

*Menyindir dan memuji secara berlebihan

*Suka menyiasat dan membuat penghakiman awal

  *Terlalu kerap memberi nasihat

*Gangguan luar yang menguasai pemikiran

* klien resisten atau menentang

*klien reluctant atau enggan

* transference dan counter transference


Menurut Egan (1998) melihat resisten klien boleh ditangani melalui:


§  Menjelaskan kepad klien bahawa resisten adalah sesuatu perkara yang biasa dalam terapi dan pengekalan adalah satu mekanisme bela diri yang penting

§  Menjelaskan resisten klien sebagai suatu yang positif dan bukannya suatu kegagalan

§  Elakkan intervensi yang bersifat terlalu proaktif

§  Galakkan kerjasama dan penyertaaan klien dalam menetapkan matlamat adalah perlu.