Menyediakan kaunseling dalam
usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat,
keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kaunseling akademik juga
menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke
institusi-institusi pengajian tinggi dalam negara ataupun luar negara.
2) Kaunseling kerjaya
Kaunseling
kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat,
bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam Gibson &
Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan
minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi
kepuasan yang lebih. Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor
kerjaya ialah mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya.
Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya
serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam
dan sektor swasta. Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran
kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.
3) Kaunseling pemulihan
Stone
(2002) menyenaraikan tiga sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu
kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah
fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan. Selain itu, kaunselor
pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan
rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan
mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan. Klien telah mengharapkan
kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan
dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. Klien mempunyai
harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.
4) Kaunseling peribadi
Kaunseling peribadi merupakan
kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami
pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah
untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien
memperolehi maklumat dan membentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan
kehendak masyarakat. Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi
dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota
lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klien untuk membuat
keputusan yang waras dan bijaksana.
.jpg)
No comments:
Post a Comment