Seorang kaunselor seharusnya mempunyai prinsip tertentu dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang harmonis. Antara yang boleh dijadikan sumber adalah pengajaran daripada Stephen Covey. Pensyarah saya Encik Aziz Yatim banyak menekankan aspek ini dalam kuliah. Pengajaran ini sedikit sebanyak boleh sama-sama dijadikan panduan:
Habit 1-Be Proaktif
• Kaunselor
perlu wujudkan program yang proaktif. Program trasisi adalah reaktif.
• Reaktif
fokus menggunakan tenaga di dalam ‘ circle of concern’ iaitu bertindak balas
kepada keperluan semasa yang timbul. Ini menyebabkan kaunselor rasa terbeban
dan merasa burnout.
• Proaktif
fokus menggunakan tenaga berdasarkan ‘ circle of influence’ melakukan sesuatu
yang mana ia mempunyai kawalan dan kemahiran.
Habit 2 - Begin With The End In Mind
• Semua kaunselor di dalam sebuah sekolah bertanggungjawab sebagai pemimpin dan pengurus.
• Untuk mendapatkan program yang berkesan semua
kaunselor bertanggungjawab ‘doing the right things’ dan ‘doing things
right’.
• Tanggungjawab dan
visi secara kolektif to create a visionary model of excellence.
• Perlu cipta pernyataan misi sesuatu
program.
‘an organisational mission statement-one that truly
reflects the deep shared vision and values of everyone within the organization
– creates a great unity and tremendous commitment’( Covey)
Habit 3 - Put First Thing First
Aktiviti jatuh di dalam salah satu quadrant berikut:
-penting
& urgent
-penting
& tak urgent
-tak
penting & urgent
-tak
penting & tak urgent
Habit 4 - Think Win / Win
• Berfikir
menang / menang bermakna bekerja mengikut paradigma konseptual yang memerlukan
keuntungan kedua-dua pihak secara berterusan di dalam semua interaksi sesama
manusia.
• Berfikir
menang/menang adalah satu falsafah bukan teknik.
• Kaunselor
sekolah perlu mencari jalan mengurangkan jurang antara guru-guru dengan
pelajar, pelajar-pelajar dengan ibu bapa, pentadbir dengan guru-guru dll.
• Masalah
dapat diatasi jika kita dapat belajar mendengar antara satu dengan lain dan
berfikir secara kreatif bersama dengan conscience
Habit 5 - Seek First to Understand.Then
to Be Understood
• Kaunselor
perlu menjadi role model mengenai komunikasi empati.
• Dengan
berbuat demikian kita membenarkan orang lain mendengan diri mereka sendiri dan
kenal keperluannya.
• Kita juga
perlu mengajar kemahiran mendengar secara di dalam kelas, kursus dalam
perkhidmatan, kelas ibu bapa, melalui buletin atau dengan cara-cara lain.
Habit 6 – Synergize
• Sinergi
wujud apabila keseluruhan lebih besar dari sebahagian. Kebanyakan program
sekolah berfungsi secara bersendirian tanpa menampakan keseluruhan gambaran apa
yang sepatutnya menjadi satu program yang besar dan berkualiti di sekolah dan
menampakkan kehebatan sekolah.
Habit 7 - Sharpen the Saw
- Seseorang kaunselor memerlukan pembaharuan dari segi fizikal, sosial/emosi, spiritual dan mental yang diperlukan untuk mengukuhkan habit-habit yang ada supaya dapat berfungsi dengan berkesan.
.jpg)